Thursday, February 22, 2018

Seoul Feb 2018 - Part 1

Hellooooooo Year Two Thousands Eighteen!!!

Apa khabaqqqqqq?

So as mention above, tahun ni kita jalan jauh sikit. Ke mana???

Kureaaaaaaaa!

AnyeongπŸ˜™πŸ˜™





This entry just for into. Next entry will update by weekend (if rajin) so do visit my blog next time for new entry, my iti, where i'm going in Seoul and many more. (excited)

till we meet again,
XOXO




Friday, September 8, 2017

Sabah - Mabul & Bohey Dulang Part 2

Assalamualaikum...

Hoho, apa kabarrrrrrrrr semua. Harini terasa nak sambung entry Mabul & Bohey Dulang Part 1 (klik sini untuk baca).

Untuk trip ni, 2 malam tidur di Pulau Mabul dan semalam di Semporna. Balik dari Mabul, sampai je di jeti Semporna kitorang jalan kaki cari hotel sebab tak book awal. Banyak je hotel dekat-dekat jeti semporna ni so tak payah risau kalau tak book awal. Lepas pusing-pusing situ, jumpa lah Mutiara Inn. Murah pun murah RM90 semalam 2 single beds untuk aku dan Kiah.



abaikan kiah sibuk nak masuk dalam gambar jugak

Sesudah letak beg baring sikit-sikit, ajak Kiah jalan-jalan tepi laut sambil cari makan sebab masa cari hotel nampak banyak kedai makan. Takdelah lapar sangat tapi kalau dah kedai makan dekat memang balun je lah.

kedai hipsturr, singgah makan pisang goreng cheese.

Lepastu pulak g jalan kedai travel tour nak cari boat untuk pergi Bohey Dulang esok. Kat sini bajet lari banyak sebab mulanya nak pergi Bohey Dulang murah je kalau group besar campur ramai-ramai. Tapi kami tak dapat join group tu sebab kejar masa, flight balik petang esok dan group ramai-ramai tu lepas hiking Bohey Dulang dorang pergi snorkeling pulak (pulau apa tak ingat) so nak tak nak kitorang kena sewa boat ya Allahu Allahu, mahal. Memula berat hati dah tapi bila pikir balik AKU MEMANG AIM NAK PERGI BOHEY DULANG DARI TAHUN LEPAS LAGI KOT, so aku pejam mata jelah sewa boat.

Settle hal esok, dengan perut lapar g jalan kedai makan tepi laut lagi. Aku bukan peminat tegar seafood, Kiah pun tidak. So lauk kitoang malam tu tomyam seafood (taknak udang, hehe) dan ketam goreng telur masin sahaja. Settle. Kenyang. Balik tidur.

Next! Last day!

Yassssss!!! Dengan semangat jitu lagi membara, awai pagi dah terpacak kat lobi Mutiara Inn, boatman ambil kat sini untuk bawa ke jeti. Aku tak ingat lah berapa jam perjalanan ke Bohey Dulang dari jeti Semporna ni. Sejam kot. 

nak sampai dah

Nak sampai dahhh==

Yeay, dah sampai.

pulau-pulau sekitar pulau Bohey Dulang

ready untuk hiking

Before hiking, pergi ke lobi jeti untuk check in dulu, bayar tiket masuk (tak ingat berapa) lepas tu dengar briefing sikit. Timeeeeeee ni lah tetiba (apa kita panggil orang yang bawak kita hiking eh) kena bayar lagi RM50 untuk guide (jadah dia, asal tak sekalikan je dengan boat) Dah lah tak inform awal, buatnya aku tak bawak duit padan muka hang aku blah gitu je hiking sendiri. Tapi aku baru terpikir, entah-entah aku dah kena kelepet dengan guide tu ek?  Hiking dalam 30 minit gitu, ada la stop minum air kejap stop sebab aku penat kejap (okey, tipu). Haha, fitness kelaut memang kerja berhenti je lah aku. Trail dia okey je, banyak juga tangga cuma 300 meter nak sampai puncak dia steep sikit.

Setelah penat-lelah, akhirnya sampaiiiiiiiiiii! Yeayyyy! 

Sampai atas memang aku cari nyawa dulu, rest 10minit. Lepas tu baru tengok pemandangan. Allahu, indahnya ciptaan Tuhan. Dari biru laut ke birunya langit. Dilakar bersama putihnya awan dan hijaunya pohon-pohon. mamiiiiiiii!

cantik kannnnnn?

lawaaaaaanya

serious lawaaaaaaa

taknak balikkkkkkkkk!

dalam bulat tu jeti bohey dulang


Semua gambar ni serious gambar aku sendiri tangkap dengan kiah. 

saya, kiah dan pemandangan di Bohey Dulang

ticked (/) Bohey Dulang

Dah settle layan pemandangan kat atas, ready untuk turun. Pergi kat jeti tadi tunggu boat dan dah boleh kot babai Sabah dan seluruh keindahannya.

Ada jodoh kita jumpa lagi

Entry Sabah - Mabul & Bohey Dulang Part 2 berakhir disiniπŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–


Salam dan selamat sejahtera.

Thursday, April 13, 2017

Sabah – Another Part of Sabah, KK and Kundasang Part 1

trip 3 sekawan ke Sabah

Debusshhhhhhh!
Hai, kerajinan dating lagi.
Kali ni aku nak up trip Sabah 2.0. Sabah lagi? Yuppp. Sabah. Aku tak boleh move on dengan Sabah. Mungkin akan ada next trip ke Sabah. Omaiiiigaddd, I Love Sabah!

*********************************

Okey. First, search for flight ticket. Dok usya punya lama, so dapat la grap tiket AA return RM176. Kira murah kan. Lepas tu baru aku riki untuk penginapan. Penginapan ni aku kena cari. Aku rasa tak selesa kalau kawan aku yang carikan. Sumpah tak boleh! Sebabnya aku pun tak sure tapi salah satu aku nak yang selesa (*muntah darah tak sedar diri) je. Memang la aku tak mampu hotel ber* tapi tak bermakna kau tak boleh demand lebih yedakkk? Haha. Dari hasil pembacaan aku kat group BBM dan blog-blog, ramai recommend

KK;
Promademe Apartment Service,
Sri Iskandar Hotel

Kundasang;
Hounon Ridge Farm Stay
Pine Hotel
Crystal Hill
Kiram Village

And aku pilih untuk book semalam kat Hounon Ridge Farm Stay dan 2 malam kat Sri Iskandar Hotel.

hounon




NotaKaki: tiket kl-kk dapat RM79 one way pun murah dah. Kalau dapat lagi murah dari tu teruslah grab tanpa ragu-ragu.

************************

First day 16 Jan 2017 (Monday)
Flight awal pagi so aku dan kawan aku touchdown KK pukul 9.30pagi, tunggu kawan aku lagi sorang touchdown pukul 10pagi then terus shot pergi Kundasang. On the way Kundasang tu singgah kat Upside Down House kejap. Kat sini ada sekali 3D museum, entry fee asing. I can’t give review pasal 3D museum sebab tak masuk but untuk Upside Down House tak recommended sangat, tapi alang-alang dah sampai kan, masuk je lah.

Tour dalam rumah tu ada lah dalam 10 minit by group dengan tour guard dorang. Tour guard akan bagi penerangan dan info pasal rumah. Group pulak around 15-20 orang sekali masuk. Aku satu group dengan persatuan makcikmakcik berjalan, even makcik tapi still kecoh. Btw, dalam rumah tu taking picture are prohibited eh. No no no. Untuk menjaga privacy tuan rumah katanya (aku teka je). Tapi kat luar rumah tu boleh ambil gambar dengan kereta, pokok tanaman and tandas terbalik.

NotaKaki: RM10.60 per pax for 10 minutes tour dalam rumah. And eh, keunikkan Upside Down House ni dari rumah terbalik dari yang ada kat Semenanjung is yang kat Sabah ni memang rumah terbalik betul  atap kat bawah bukan hanya hiasan dalaman dia je.

Tengah hari tu kitorang sambung perjalanan ke Kundasang. And Alhamdulliah sampai Hounon pukul 3petang. Memang mencabar betullah jalan ke Hounon ni tapi aku suka aku suka. Aku asyik sangat tengok pemandangan luar. Cantik. Sejuk. Nyaman. Aku suka aku suka. Time aku sampai tu tak ramai lagi orang. Settle check in, bruuuuuuuh. Tergolek atas katil. Penat weh even bukan aku yang drive. Malam tu dinner kat Hounon je. Lepas tu balik bilik tidur. Nothing much to do on the first day.

dinner gua ditemani kawan baik arock
NotaKaki: Nasi goreng sepinggan RM10, so pepandai la budget sendiri. Aku makan megi cup je, sedap makan panas-panas dengan cuasa sejuk. Sebelah cafΓ© ada dapur so boleh masak sendiri kalau nak jimat.

itu saja untuk first day, nantikan part 2; harini best sikit kitorang jalann-jalan kat kundasang sampai penat. Kinabalu Park, Desa Farm, Kundasang War Memorial and Poring✌

Wednesday, September 7, 2016

Sabah - Mabul & Bohey Dulang Part 1

Assalamualaikum.

Hah! Pertama-tama sekali, ni entry basi. Awal tahun haritu punya cerita. Tapi aku nak share jugak dengan korang-korang yang nak baca, or berhajat nak pergi vacay ke Sabah nan indah tu.

Benda pertama yang korang kena tahu, Pulau Mabul sangat sangat sangat cantik okeyyyyyyy! Aku nak cakap jugak even korang dah tahu. Shaaaannnteeekkkkkk angat!


depart dari klia2 pukul 10pagi. tips: amek flight paling awal pagi


Aku pergi 4hari 3malam kat Sabah. 2malam kat Pulau Mabul, semalam kat Semporna. Kalau tanya aku, 4hari tak cukup! Tak puas! Nak duduk sana! Sana cantik sangat, hukhuk (kesat air mata, rindu mabul)




perasaan aku kat sana. serious aku tak tipu. aku tanak balik ;)


Macam dah tentera kat situ, aku stay kat Billabong Scuba. Harga bilik sekali makan 3kali. Tempat nice (nora bagi 4 ****, kalau tikus tak makan roti aku, aku bagi 5bintang dah). Korang kalau ada duit lebih sikit pilih lah bilik new comfortable chalet, baru and atas air (ahhhhh cantik).

Harga bilik sekali snorkeling tau. Jadual snorkeling pulak 3 kali sehari. Pukul berapa tak ingat pulak aku. Tapi time aku pergi tak ramai pun yang snorkeling, datang amek lesen PADI ramai ah.




bilik aku dan kiah

kipas and yes almari solek tu bagi harapan palsu. takdek cermin!
tapi tak kisah ah, tudung pun tak iron lagi tak
de selera nak tengok muka sendiri


First day sampai, pusing-pusing pulau. Tak de lah besar sangat pulaunya. 30 minit gitu kot dah boleh pusing jalan kaki. Time aku jalan-jalan tu, jumpalah penduduk kampung tengah main bola keranjang. daif sangat dah court-nya-pun. Aku pulak rasa sedih padahal dorang seronok je main. Yela, at least proper court for them please, bukannya mintak cincin berlian pun, hmmmmmmmm.



jalan pusing pulau





ni pemandangan dari restoran billabong. tempat fav aku!



Okey, aku nak cerita tempat favorite aku. Restoran Billabong! Aku tak tahulah dorang panggil apa, dewan makan ke apa, tapi ni lah tempat makan, tempat lepak dengan kiah and kawan baru, tempat cari line Digi yang noob (bak kata kiah), tempat tunggu sementara nak naik bot g snorkeling, tempat nak mengelamun, dan bermacam lagi. Ala-ala 'one stop centre' dah ah ni.




sini! sini! sini! menghadap laut lagi! lagi shukewww ite



Kalau tanya aku, aku memang nak repeat lagi. Datang saja-saja pun okey, tak snorkeling pun takpe. Tapi tengok fulus, simpan dulu niat tu. Ini pun dah hangus lebih kurang 1k untuk all the expenses kat Mabul and Bohey Dulang. tapi ada je orang lain bajet around 8rat. Ni first time aku handle semua, kira okey la kot eh.

And untuk trip ni, aku plan lebih kurang setahun jugaklah. Setahun jugak simpan duit. Setahun study pasal sabah. Hah, amek kau. Lagi tekun aku study pasal Sabah dari study final exam haha. 

Itu je lah kot buat masa ni, lain masa kalau rajin aku update lagi entry Sabah ni sebab tak habis lagi. Sebenarnya aku nak tempek banyak gambar pemandangan kat sana tapi aku tak jumpa gambar. Maybe aku tak transfer semua gambar ke lappy kot. Maklumlah aku ni buta IT tapi gatai jugak nak berblog.

sampai ketemu lagi semangat menulis,
adios *lambai tangan

Tuesday, September 1, 2015

Langkawi the 3rd - focusing on payar island

*post kali ni bertujuan nak mengikis sikap boros korang yang suka pergi langkawi amek pakej ni. Tak sayang duit ka?
Well, duit korang kan? Lantak haku la! Mesti kome jawab gitu. Tak? Hehe, yang jawab tak tu bagus. Meh sini aku nak kongsi trip 4buddieskelangkawi pada 19,20&21 Ogos 2015.

First day
Ikut tentatif asal, flight dari penang 4.15pm sepatutnya sampai 4.45pm di langkawi. Unfortunately, kami berempat lambat sampai airport dan nak check in online pun tak boleh, so tersadai la dekat penang sekejap.

Pikir punya pikir, takkan nak cancel je trip ni? Semua setuju untuk teruskan trip ni dengan amek ferry kat kuala perlis. Sampailah kami berempat di Langkawi pada 8.30malam.

view dari ferry. cantik gak.

Selesaikan urusan kereta, check in cottage, keluar ke cenang cari pakej snorkeling pulau payar untuk keesokkan harinya. Settle semua, pergi makan kat restoran haji ramli. Late dinner jadinya sebab dah pukul 11malam. 

melantak di Restoran Haji Ramli. Location: Pantai Cenang

Makan boleh tahan la, so-so je. Aku pekena nasi sebab last aku makan nasi pukul 9 pagi breakfast dengan mak aku before bertolak ke parit buntar. Btw, aku stay kat T STAR COTTAGE, Pantai Tengah. Rm55/semalam bilik kipas. Tandas cun bilik cun. Max 2pax per room. Extra guest kena charge.



Second day,
Bangun awal kitorang berempat sebab nak pergi snorkeling. Van amek pukul 8pagi. 9 sampai jeti kuah. Tunggu orang lagi sampai 10 lebih ke pukul 11 baru masuk ferry.

Pukul 12 sampai pulau payar. Dengar penerangan sikit, tukar baju, terjun laut. Terjun sangat kau jah! Snorkel tempat tak dalam dulu biasakan diri. Festime boh! Dah reti baru pergi tempat dalam sikit.
Tengahhari berhenti lunch. Lapo gila la! Lunch pack termasuk dalam pakej. Lepas lunch masuk dalam air balik. KERIANGAN TAK TERHINGGA LAH LAT SINI! Pukul 3 dah kena naik. Pukul 5 dah sampai jetty kuah.

Kali ni balik bas hantar depan cottage,  shot terus ke pantai cenang sebab lepas ni nak try parasailing pulak. Menguji kesabaran juga la kat sini sebab orang ramai sampai ke malam kitorang tunggu turn. Ikut plan lepas parasailing, nak balik cottage dulu mandi bersihkan diri. Tapi sebab dah lapar sangat terus ke pekan kuah sebab memang dah aim nak makan kat medan selera nelayan. Perghhhhh terbaik! Kenyang sehingga menjilat jari!

Lepas tu terus g mall haji ismail group. Shopping cekelat. Waktu ni kompleks HIG nak tutup dah, tapi nasib dorang tak halau. Kitorang pun apa lagi, cepat-cepat pilih bayar blah.
Disebabkan baru pukul 11malam, kami pun singgah pantai cenang tengok pertunjukkan api. Tak lama pun kami tengok. Dalam 15 minit, dah bosan kami blah. Balik cottage tidur. Penat seharian kat luar.