Monday, December 29, 2014

#throwback LEGOLAND MALAYSIA

A DAY WELL SPEND AT LEGOLAND

SALAM DAN SELAMAT MALAM SEMUNYA.

sesi throwback sebab tetiba rindu kat Arock aka Kiah Perkasam.

sebelum tu ni nak cakap, trip legoland ni yang berzaman punya okey so banyak benda aku lupa termasuk harga tiket masuk legoland.

tiket bas tbs-larkin rm31.20
tiket bas je tbs-larkin, excely aku dari Taiping. Datang KL dulu rumah ex-roomate aku masa kat mrsm lenggong. stay semalam kat rumah dia dan keesokkannya pergi JB.

Kat JB kitorang stay kat Golden Leaf Hotel. 

taraa.. ni golden leaf yg kitorang stay
sebenarnya main hotel dia sebelah Tune Hotel tapi bilik yang kitorang tempah kat sini rumah banglo yang di ubahsuai. Btw, kat sini lagi selasa dari main dia okey. Lokasi dia pun okey tak tersorok sangat belakang M Suites Hotel, atas bukit depan laut. cantik gilo ahhh pemandangan dia.
hotel 4 bintang ni fuyoo....
plan asal memang nak pergi Legoland semata-mata, so tak ada la hello kitty town ke hape ke pasar karat ke memang tak pergi. Almaklumlah, newbie backpaker. masih hijau dalam dunia bp ni.

so, jom layan tujuan asal yang tak pernah menyimpang ni

LEGOLAND yeayyyyy!

with my ex-roommate ex-classmate my bff
aku memang suka baca map ni. konon2 mcam sesat
pastu tengok map jumpa jalan keluar seronoknyaaaaaaaaaa.
aiiih, pengaruh novel ni

time aku pergi ni legoland baru bukak (2012) so pokok pun tak besar lagi untuk buat berteduh.
panas dia tak payah ceritalah. payung tak bawak so buat mcm kawan aku nih. guna map. jimat bajet!

ni la orang yang dirindu. goodluck final exam.


bila lagi nak jalan sama2 ehh kawan ehh?

lamanya kita tak jumpa:) pesen caption tak ada kena mengena dgn gamba.
okey la, ni kat miniland

kalau korang tak perasan lagi la kan, kitorang pakai baju sama! tolong la perasan.


kalau korang perasan gambar semua macam zooming sampai nampak lubang hidung, tu disebabkan normal lens hilang. ni lens untuk tangkap gambar jauh. kak aku lah punya pasal baik hati sangat bagi pinjam kat kawan dia. kawan dia punya bangang pulak gi buat harta tanak bagi balik.

sini saja kot entry luahan kerinduan terhadap bestie yang dah lama tak jumpa. #kembalibukakbukumanagement. haha aku sedang menghadapi saat getir ni, lusa paper ketiga aku untuk final sem 1 #pray4yaya.

tak dilupakan jugak #pray4pantaitimur #pray4flootvitims #pray4mh370 #pray4malaysia #pray4QZ8501

adiosssssss

Sunday, December 7, 2014

Short trip to Penang

Pagi!
Assalamualaikum
[5Desember2014;2pagi]
Secara tiba-tiba iolss sampai penang. Semuanya sangat tiba-tiba dan mengejut.
Mula-mula heyyy memang nak makan steamboat kat bukit kayu hitam je cerita dia. Dah semua kenyang melantak steamboat dah nak balik uum ni, ada la suara berbisik ajak g penang.
Teruzzzz, semua setuju.
Maka arakian sementelaah, kitorang ber-empat perempuan penakut-berani-penakut so kita kenalah ada hero-hero pujaan malaya ikut sekali kan.
Setelah itu bertolaklah kita dua buah kereta dari uum ke penang pukul 2pagi.
Sampai penang 4pagi lepak tepi pantai depan QB
-----------
[5Desember2014;10pagi]
Sementara nak tunggu tour guide tak berbayar tapi berkaliber kita bangun, sek-sek wanita melayu terakhir memulakan perjalanan dulu. Alang2 rumah dah dekat teluk bahang jom kita ke taman negara yukkk. Tapi tak buat apa pun kat sini. Tangkap-tangkap gambar breakfast balik rumah.
-----------
[5Desember2014;5petang]
Lepak padang kota. Adoi time ni lawak sikit. Hado ka nak buat sesi icebreaking. Yolahai walaupun satu uum (tapi ada 2 orang dak usm) tapi tak kenai sangat. Tapi kena la sesi icebreaking tepi pandang hujan renyai-renyai sikit. Ha curlass kau gitu.
Unfortunately, tak sempat pergi Pesta Penang atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Bertolak balik uum pun pukul 2pagi jugak. Yelah, dah la plan tiba-tiba tanpa perancangan memang timing lari semua la.
Tapi pengalaman light travel short trip ni memang tak akan dilupakanlah. Memang travel light gila la sebab dalam beg ada fon dgn dompet je. Lastly, memang nak ucapkan berbillion-billion terima kasih la kat arif aka tour guide aka tuan rumah aka driver cekap nakmatey la.
Dan jugak ferry, intan, Fa'i, syafiq, rasyid.
#kakiberangan #firststep

Friday, August 22, 2014

KHAIRUDDIN BARBAROSSA

Anda yang gemar membaca komik Asterix dan anda yang pernah menonton filem ‘Pirates of The Carribean’, tentu ingat karakter jahat ‘Barbarossa’? Sejak zaman pertengahan, aneka macam karya fiksen Eropah dan Amerika biasa menggunakan nama Barbarossa untuk menamakan karakter seorang penjahat (biasanya seorang lanun laut jahat).

Kebiasaan para penulis fiksen Eropah dan Amerika yang selalu menyudutkan ini tiba masanya kita selesaikan sehingga di sini.

The Barbarosa Brothers

Pada abad ke-15 masehi, di Laut Mediteranean ada dua lanun laut bersaudara yang disebut The Barbarossa Brothers. Kedua tokoh ini menjadi legenda dalam dunia ‘perlanunan’ dan merupakan tokoh pelaut yang sangat ditakuti orang-orang Eropah pada zamannya.

Kebiasaannya ialah merompak barang-barang berharga yang diangkut oleh kapal-kapal milik kerajaan-kerajaan Eropah yang melintasi Laut Mediteranean. Anak kapal yang dilanun biasanya diberi dua pilihan; mati kerana melawan atau hidup dengan menyerah secara sukarela.

Siapakah sebenarnya Barbarossa yang sangat ditakuti oleh orang-orang Eropah selama berabad-abad itu? Mengapa hingga zaman sekarang nama itu terus menghantui benak dan fikiran mereka?

Barbarossa bukanlah sebuah nama. Barbarossa merupakan kata dalam bahasa Latin –gabungan dari kata barber (janggut) dan rossa (merah). Jadi Barbarrossa bererti janggut merah.

Barbarossa merupakan julukan yang diberikan oleh para pelaut Eropah kepada adik-beradik Aruj dan Khairuddin dari Turki. Kedua adik beradik ini hanyalah pelaut-pelaut biasa yang rutin berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki.

Awal Gerakan Barbarosa

Pada suatu hari, tanpa sebab yang jelas, kapal milik keluarga mereka diserang secara ganas oleh kapal tentera Knight of Rhodes. Dalam peristiwa ini, adik bungsu Aruj dan Khairuddin mati terbunuh. Aruj dan Khairuddin sangat terpukul dengan kematian adik bungsu mereka. Sejak hari itu, mereka melakukan gerakan lanun laut kepada semua kapal-kapal tentera milik kerajaan-kerajaan Kristian. Gerakan mereka sangat menggemparkan dan membuat mereka ditakuti tentera Kristian.

Aruj dan Khairuddin pun kemudian dikenali sebagai The Barbarossa Brothers Pirates kerana keduanya berjanggut merah. Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol lanun laut. Bendera yang dipasang Aruj dan Khairuddin di kapal mereka adalah sebuah bendera berwarna hijau berisi kaligrafi doa Nashrun minallaah wa fathun qariib wa basysyiril mu’miniin, ya Muhammad, empat nama khulafa ur rasyidin,
pedang Zulfikar dan bintang segi enam Yahudi (Bintang David) kerana anak kapal yang dipimpin kedua bersaudara ini terdiri daripada orang-orang Islam dari bangsa Moor, Turki, dan Sepanyol, serta beberapa orang Yahudi.

Pada tahun 1492 M, Andalusia yang sejak tahun 756 M dikuasai oleh Daulah Khilafah Islamiyah, jatuh ke tangan Pasukan Salib yang terdiri atas pasukan Gabungan Aragon dan Sepanyol. Dalam peristiwa penaklukan Andalusia ini, jutaan orang Islam dan Yahudi mati diserang pasukan yang dipimpin Raja Ferdinand II dari Aragon.

Perjuangan Jihad Barbarosa

Peristiwa itu mengubah haluan misi dendam Aruj dan Khairuddin menjadi misi Jihad Islam. Bantu membantu bersama sekumpulan parajurit bangsa
Moor, mereka kemudian menyelamatkan puluhan ribu Umat Islam dari Sepanyol ke Afrika utara (Maghribi, Tunisia dan Aljazair). Kemudian mereka membina asas pertahanan laut di Aljazair untuk menghadang gelombang serangan Pasukan Salib dari jalur Afrika Utara menuju Tanah Suci Palestin.

Khalifah Islam pada masa itu, Sulaiman I, mendengar cerita-cerita kepahlawanan Barbarossa bersaudara. Sulaiman I sangat kagum pada kepahlawanan mereka.

Memandangkan prestasi mereka di lautan, akhirnya Sulaiman I mengangkat Aruj dan Khairuddin sebagai Kapudan Pasha (Panglima Angkatan Laut) Khilafah Islamiyyah untuk memperkemaskan Angkatan Laut Daulah Khilafah Islamiyah yang porak peranda.

Adu Domba Pihak Sepanyol

Pada tahun 1518 Sepanyol berjaya menghasut Amir kota Tlemcen (Tilmisan) untuk melancarkan pemberontakan kepada kepemimpinan Aruj. Aruj
kemudian menyerahkan pemerintahan Aljazair kepada Khairuddin untuk sementara.

Lalu ia memimpin pasukan untuk berangkat ke Tlemcen. Hati Aruj sangat pilu karana ia terpaksa berperang dengan saudara sendiri
sesama Muslim. Akibatnya ia kurang berkonsentrasi dan pasukannya kucar-kacir.

Aruj sempat melepaskan diri, namun banyak pasukannya yang tertangkap. Kerana hubungan emosionalnya dengan anak buahnya, Aruj
kembali ke Tlemcen untuk bertempur dan ia gugur dalam pertempuran tersebut.

Dengan gugurnya Aruj, kepemimpinan Angkatan Laut Daulah Khilafah Islamiyah beralih ke tangan Khairuddin. Sepanyol mengira bahawa era kejayaan Barbarossa di Laut Tengah telah berakhir.

Lalu, dengan percaya dirinya, Sepanyol mengirim 20.000 tenteranya ke Aljazair. Pertempuran hebat pun terjadi, namun Khairuddin berhasil mengalahkan pasukan laut tersebut.

Sejarah dan Kehebatan Pasukan Janissary

Bagi mengurangkan ancaman dari negeri sekitar Aljazair, selain ancaman utama Sepanyol, Khairuddin kemudian meminta kepada Khalifah Sulaiman I agar kekuasaan Amir Tunisia dan Tlemcen dialihkan kepadanya. Sulaiman I pun setuju.

Pada 1519, Khalifah mengangkat Khairuddin sebagai beylerbey (Bakhlair Baik) atau wakil Khalifah untuk wilayah Aljazair dan sekitarnya. Kemudian Khairuddin juga ditugasi memimpin pasukan pasukan elit Daulah Khilafah Islamiyah, Pasukan Janissary.

Dalam masa kepemimpinan Khairuddin, Pasukan Janissary berhasil melakukan banyak penyelamatan Umat Islam di Andalusia. Tercatat mereka melakukan 7 kali pelayaran dengan 36 buah kapal untuk mengangkut Umat Islam Sepanyol yang diburu bagai haiwan oleh Ferdinand II dan Pasukan Salibnya.

Pertengahan dekad 1520-an, Pasukan Darat Janissary yang dipimpin terus Khalifah Sulaiman I berjaya memenangi semua pertempuran darat.

Pada masa yang sama , Pasukan Laut Janissary di bawah pimpinan Khairuddin juga berhasil mengawal lalu lintas pelayaran di Laut Tengah sepenuhnya. Keadaan ini menjadikan Pasukan Salib Kristian Eropah menjadi pusing tujuh keliling.

Akhir Gemilang Barbarosa Sebelum Tutup Usia.

Tahun 1538, Pasukan Salib Gabungan Itali-Sepanyol menyerang Preveza yang pada masa itu merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah. Andrea Doria memimpin 40 kapal dan Barbarossa hanya memimpin 20 kapal.

Namun dengan kecerdikannya, Barbarossa memecah armadanya ke tiga arah dan memerangkap Pasukan Andrea Doria di tengah untuk kemudian mengebom armada Andrea Doria habis-habisan.

Andrea Doria dan armada lautnya pun lari dari pertempuran. Walau begitu, Khairuddin tidak mengejarnya kerana ia tidak ingin berperang di
tengah lautan, mengingatkan kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai peralatan yang lebih canggih. Apalagi ia hanya memimpin 20 kapal.

Tiga tahun kemudian, Pasukan Salib Gabungan Spanyol-Genoa kembali menyerang Aljazair dengan kekuatan 200 kapal. Mereka sengaja melancarkan serangan di luar musim berlayar, untuk menghindari pertemuan dengan Pasukan Barbarossa.

Rakyat Aljazair di bawah komando Hasan Agha berjuang sekuat tenaga untuk mempertahankan Aljazair. Charles V dan Andrea Doria yang memimpin serangan tidak mengira bahawa pertahanan dan strategi perang Hasan Agha sangat matang, sehingga armadanya pun kacau-bilau.

Ketika itu pula tiba-tiba taufan laut dahsyat menghentam Laut Mediteranean. Andrea Doria dan Charles V berjaya selamat, dan kembali ke negerinya dengan kekalahan pahit.

Tahun 1565, dalam usia senja, Khairuddin Barbarossa memimpin pasukan untuk merebut Malta dari tangan Knight of St. John. Namun dalam pertempuran itu, Khairuddin gugur. Kemudian Khairuddin dimakamkan di Istanbul.

Berhampiran kuburnya didirikan masjid dan madrasah untuk mengenangnya. Hingga kini makam tersebut masih terawat untuk menjadi
bukti kepahlawanan Khairuddin atau Barbarossa yang namanya masih ditakuti bangsa Eropah hingga zaman sekarang.

Persoalannya, mungkinkah sejarah barbarossa brother yang amat ditakuti oleh orang Eropah hingga sekarang itu akan kembali berulang.

THE END .

Saturday, July 5, 2014

Membebel Edisi Tak Ketahuan

Happy Fasting Everyone
:)
Aku tak tahu kenapa
Tapi senyum kat bibir aku sukar dihakis
Walau tanpa sebab
Ia mekar sendiri
Hati aku pulak
Mcm tak kisah untuk disakiti
Bukan aku tak berupaya lawan
Tapi aku sendiri
Entahlah.
Tak mahu
Dendam,
Simpan kesumat
Dalam hati paling jauh
Agar aku tak lagi berjumpa dengannya
Kemaafan jua diberi akhirnya
Walau tak terluah dimulut
Keberanian pulak
Tak pernah dicabar
Sentiasa dalam posisi selesa
Dan sangat mudah goyah
Talkala diusik nakal
Oleh aruh kehidupan
Penuh pancaroba.