Tuesday, September 1, 2015

Langkawi the 3rd - focusing on payar island

*post kali ni bertujuan nak mengikis sikap boros korang yang suka pergi langkawi amek pakej ni. Tak sayang duit ka?
Well, duit korang kan? Lantak haku la! Mesti kome jawab gitu. Tak? Hehe, yang jawab tak tu bagus. Meh sini aku nak kongsi trip 4buddieskelangkawi pada 19,20&21 Ogos 2015.

First day
Ikut tentatif asal, flight dari penang 4.15pm sepatutnya sampai 4.45pm di langkawi. Unfortunately, kami berempat lambat sampai airport dan nak check in online pun tak boleh, so tersadai la dekat penang sekejap.

Pikir punya pikir, takkan nak cancel je trip ni? Semua setuju untuk teruskan trip ni dengan amek ferry kat kuala perlis. Sampailah kami berempat di Langkawi pada 8.30malam.

view dari ferry. cantik gak.

Selesaikan urusan kereta, check in cottage, keluar ke cenang cari pakej snorkeling pulau payar untuk keesokkan harinya. Settle semua, pergi makan kat restoran haji ramli. Late dinner jadinya sebab dah pukul 11malam. 

melantak di Restoran Haji Ramli. Location: Pantai Cenang

Makan boleh tahan la, so-so je. Aku pekena nasi sebab last aku makan nasi pukul 9 pagi breakfast dengan mak aku before bertolak ke parit buntar. Btw, aku stay kat T STAR COTTAGE, Pantai Tengah. Rm55/semalam bilik kipas. Tandas cun bilik cun. Max 2pax per room. Extra guest kena charge.



Second day,
Bangun awal kitorang berempat sebab nak pergi snorkeling. Van amek pukul 8pagi. 9 sampai jeti kuah. Tunggu orang lagi sampai 10 lebih ke pukul 11 baru masuk ferry.

Pukul 12 sampai pulau payar. Dengar penerangan sikit, tukar baju, terjun laut. Terjun sangat kau jah! Snorkel tempat tak dalam dulu biasakan diri. Festime boh! Dah reti baru pergi tempat dalam sikit.
Tengahhari berhenti lunch. Lapo gila la! Lunch pack termasuk dalam pakej. Lepas lunch masuk dalam air balik. KERIANGAN TAK TERHINGGA LAH LAT SINI! Pukul 3 dah kena naik. Pukul 5 dah sampai jetty kuah.

Kali ni balik bas hantar depan cottage,  shot terus ke pantai cenang sebab lepas ni nak try parasailing pulak. Menguji kesabaran juga la kat sini sebab orang ramai sampai ke malam kitorang tunggu turn. Ikut plan lepas parasailing, nak balik cottage dulu mandi bersihkan diri. Tapi sebab dah lapar sangat terus ke pekan kuah sebab memang dah aim nak makan kat medan selera nelayan. Perghhhhh terbaik! Kenyang sehingga menjilat jari!

Lepas tu terus g mall haji ismail group. Shopping cekelat. Waktu ni kompleks HIG nak tutup dah, tapi nasib dorang tak halau. Kitorang pun apa lagi, cepat-cepat pilih bayar blah.
Disebabkan baru pukul 11malam, kami pun singgah pantai cenang tengok pertunjukkan api. Tak lama pun kami tengok. Dalam 15 minit, dah bosan kami blah. Balik cottage tidur. Penat seharian kat luar.

Thursday, August 6, 2015

UUM - part 1(Pengenalan)

Perghhhh tajuk macam rajin je aku nak buat banyak2 entry pasal Universiti Utara Malaysia ni.

Before tu,
Assalamualaikum...

Firstly, entry ni ditulis sebab result UPU nak keluar 11 Ogos nanti dan korang2 yang dapat sambung pelajaran mesti nak buat research sikit2 pasal bakal uni korang kan. Emmm bagus sikap tu (mcm aku dulu) tapi tak banyak blog tulis pasal UUM so aku harap dengan tulisan aku ni dapat la beri gambaran sedikit sebanyak pasal bakal universiti korang.

Untuk pengenalan aku nak cerita la serba sedikit mengenai universiti yang terletak di utara ni (bukan paling utara la sebab ada unimap yang paling utara). UUM terletak berhampiran dengan sempadan Sador ( atau nama glamernya Danok) - Bukit Kayu Hitam. Dekat jugak dengan Arau, Perlis. Dekat dengan apa lagi eh? (pikir-pikir). Changlun? Jitra? Alor Star? Haha, tak apalah skip dulu. Entry lain la aku cerita pasal luar UUM ni.

Then aku nak cerita pasal akademik. UUM ada tiga pusat pengajian iaitu

1. College of Business ( COB - kolej aku #readerperlutahu. Lol )
2. College of Art and Science ( CAS)
3. College of Law, Government and International Studies ( COLGIS)

Under college ni pulak ada la yr course ikut school masing-masing. Macam aku, Bachelor in Finance under School of Finance, Economic and Banking (SEFB).

Kediaman pulak fyi, semua student wajib duduk dalam. So, dlm surat tawaran dah diberitahu kolej kediaman masing-masing. Lagi satu, uum tak panggil kolej kediaman. We called it "Dewan Penginapan Pelajar" aka DPP. Ada lebih kurang 16 kot (tak sure) DPP kesemuanya. 14 DPP dalam universiti dan 2 DPP di Bukit Kachi not far for uum. Btw, sapa dapat DPP Petronas kita geng!

Ko-kurikulum (ko-k)
Ni berita sedih sikit aku nak cerita kat korang, ntah la untuk korang sedih tak sedih tapi bagi aku sedih la jugak. Ko-k WAJIB bagi pelajar tahun pertama dan kedua which is mean aku pun dalam kategori wajib lagi sebab aku baru second year student. Ko-k boleh pilih tbh before korang datang uum lagi korang kena tetapkan ko-k korang. Ko-k hari Sabtu waktu ditetapkan. Wajib eh datang sebab ko-k termasuk dalam pointer 1jam kredit.

Jadilah kot untuk pengenalan. Entry lain aku akan terperincikan lagi maklumat untuk korang. Aku bukan apa saja untuk memudahkan korang. Senang sikitkan kalau ada info didada mengenai uum. Tak ada lah gabra sangat nanti time daftar. Info ni jugak untuk ibu-ibu bapa-bapa student yang eksited sama untuk hantar anak-anak ke menara gading.

Akhir kata( chewahhhh), tahniah kerana memilih dan terpilih untuk ke menara gading. And untuk parents, tahniah untuk kejayaan anak anda.

Salam.

Wednesday, May 13, 2015

Escape Day at Escape AdventurePlay Park Penang

kepada yang tak pernah dengar pasal theme park ni, meh sini aku nak kabo ni

sebelum tu aku nak cakap yang gambar semua ihsan google, sebab aku malas nak transfer gambar dari fon. maaf maaf maaf

ESCAPE ADVENTUREPLAY THEME PARK, TELUK BAHANG, PENANG.time to play!



Operating Hours : 9am - 6pm, Tuesday to Sunday. 
(Mondays are closed except during school holidays)
Entrance fee: RM60 tapi aku galakkan beli la online dapat murah. tak pun g try kat groupon.

kalau nak listkan bajet escape memang tak boleh la sebab aku pergi under kelab kenu UUM. Transport free. aku bayar RM60 pun termasuk roti dan air.

9 Mei 2015 ( Sabtu )

Sepatutnya aku ada ko-k harini tapi alahh, tong sekali je. Perjalanan dari Sintok ke Teluk Bahang ambil masa 3 jam. Kami rombongan cik kiah sampai dalam tengah hari jugak la. aku dah gelisah. confirm tak sempat main semua kalau gini punya lambat sampai.

Korang akan dapat gelang escape. Kat dalam ni tak pakai duit. kau kena top up dulu gelang kau. nanti nak beli air ke, korang scan je gelang tu. Kalau ada duit lebih nanti boleh refund.

Masuk je benda pertama yang aku cari is tandas! haha, untuk keselesaan bermain kononnya. game pertama aku main is Atan's Leap. ada dua level; 20m dan 12. haruslah aku try 20meter. Alaaah, apalah sangatkan. tu tanggapan pertama aku tapi dah sampai kat atas ketaqqq lutut jugaklah. 

untuk game ni, korang cuma akan rasa takut tinggi je. takut nak lompat je.
lepas kau lompat tak takut pun sebab dia turun slow je.
lepas tu mesti korang rasa nak lompat lagi.
percayalah.

aku rasa adik ni try 12meter. sebab kalau 20meter dia ngadap ke arah lain.

Lepas tu aku main Human Gecko, sebelah atan's leap je. untuk game ni aku main satu side je padahal ada empat side. yelah, aku ingatkan boleh main satu je. terasa kerugian disitu. nanges.






antara game yang aku try lagi ialah kite flyer

ye ye ye. tinggi ni

bersiap untuk berlepas. dua orang melayang. dua orang lagi kena kayuh basikal.
tujuan kayuh basikal tu untuk tarik kau naik atas supaya kau boleh terbang bebas diudara.
serious cakap kau akan rasa nak menyumpah kot time kayuh beskal tu.
penat sih.

terbang bebas diudara tnapa ada halangan. aman damai.
tak kot.
seram jugak la
aku try akrobat jugak. perghhhh jadi kot aku buat back flip. tak caya? ada video okey!!! tapi malas la nak upload.
akrobat.
eh? aku rasa escape team yang jaga tu baju biru tu orang yg sama time aku pergi lah.
apa nak heran dah dia kerja situ daaaa

Baru main berapa game, aku dah penat. gila-gila punya penat haus la semua la. nak beli air, aku dengan kawan aku tak top up gelang kitorang. duit pun tak bawak tinggal dalam bas. terpaksa menagih simpati orang lain demi setitis air. p/s: air mineral botol besar rm4 okey. bersedia untuk mengucap panjang tengok harga kat situ.

lepas tu kitorang sambung main turbo racer.



berzaman tau tarik pelampung berat ni ke atas. sangat memenatkan

bila turun seronok.
laju dan sekejap je

Lastly, aku try flying lemur. Flying Lemur ada dua jalan. satu panjang satu pendek. Laluan panjang ada 4 cabaran. aku tak tahulah cabaran apa sebab tak try. aku try jalan pendek sebab kesuntukkan masa. time ni dah pukul 5 lebih camtu. tak caye sekejap sangat masa kat sini. rasa tak puas lagi. berbalik kepada flying lemur jalan pendek ni, kau akan try flying fox two way. dari barat ke timur dan timur kembali ke barat. 

AMARAN: main ni hati kau kena kental sikit sebab kau yang buat semua benda sendiri. cangkuk hook pun sendiri. tak ada escape team pun yang akan bantu kau. dorang cuma akan bantu bila kau tersangkut kat tengah tali je. kalau takut suruh kawan kau tunggu kat platform, boleh je.




mokey business dengan a-maze aku tak try. tak sempat. nanti nak datang sini lagilah. In Shaa Allah, lepas ni nak datang dengan family pulak.

BARU TAHU ESCAPE WATER PARK!!!!!!! NAK PERGI JUGAK!!!!!!
ARGHHHHHH SETOREHHHHHH!



Thursday, April 2, 2015

pengalaman yang mendewasakan dan menginsafkan

boleh tak kali ni nak cerita pasal pengalaman di hopsital.



cerita lama ahh tapi

Hospital Taiping.

selalu aku pergi hospital ni sebab ikut mak aku melawat orang jeh. tak pun melawat kakak-kakak aku lepas bersalin. tapi pengalaman kali ni aku sendiri terjebak dengan kancah hospital ni sampai bermalam di hospital.

budakkkk niiiiii, Muhd. Alif

patah tak patah, main game tak boleh tinggal.

ni masa kat Melaka, time daftar matriks dulu. cadang nak tinggal je dia kat kg tapi hari bertolak ke Melaka tu tetiba diala manusia paling awal bangun


Alkisahnya,

masa kat kampung, Alif ni main dengan sepupu-sepupu dia yakni anak saudara aku yang lain-lainnya. Anak-anak sedara aku ni jarang balik kampung tapi bila dah jumpa tu kemain la kelincahan dia.dorang ni main basikal, kekonon buat basikal tu macam motor skrembler lah jadah diaaa naik bukit pacak-pacak sekali jatuh basikal kruuukkkk krekkkkk kreuittttttt dot dot dot dia lari masuk rumah nangis. time ni parents Alif tak ada kat kampung lagi, dan semua tak perasan pun dia jatuh basikal dan tangan dia patah. ingatkan nangis sebab gaduh dengan sepupu dia ke ( dorang mmg suka gurau kasar)

dah petang sikit mak dia sampai kat kampung baru Alif cerita yg tangan dia sakit. Mak dia syak patah! sebab Alif pegang je tangan dia tanak lepas. orang lain nak pengang pun ngamuk tak bagi pegang. Then, abang ipar aku bawak la Alif ni pergi hospital. Kak aku suruh aku pergi sekali. EH, PEHAL PULAK??

kebetulan pulak time ni kakak aku yakni mak kepada Alif ni tengah pantang adik bongsu Alif. dah kebetulan sangat la aku ada kat rumah tengah cuti tunggu time nak masuk matrik. Aku ikut la abang ipar aku ni pergi hospital menghantokan Alif. dah sampai-sampai eh eh eh bukan cek cek jumpa doktor pastu balik. BUKAN BUKAN BUKAN. memang betul la macam yg kak aku jangka. tulang tangan patah.

proses daftar masuk wad semua lancar je. Hopital ni memang tempat mainan abang ipar aku, sebab tu makin cepat proses dia kot. pukul 7 malam kat kecemasan, 8 lebih gitu lepas x ray balut tangan semua dah kat wad. Wah, cepat dan efisyen kan perkhidmatan kat Hosp. Taiping! *fliphair.

DAN, CABARAN PUN BERMULA

cabaran apa? dengar rengekan Alif la. pekik tangis sakit dia. tak tahan tahu. Ya Allah, rasa macam, Alif kecil lagi, kuatkan dia, tak sanggup dengar dia nangis

"makcik, sakit. sakit sakit, sakit. makcik tanak, tanak!"

makcik menangis sekali Alif.

tu time nak cucuk jarum kat tangan tuh. dua tiga kali gak la doc cucuk sebab tak jumpa urat. lepas pasang simen satu hal. simen tu berat tahu, tulang Alif yang patah kat atas siku bukan kat lengan bawah siku. so, simen yang dipasang tuh lagi membebankan Alif sebab tulang dah patah, kena angkut simen pulak.

bila dah siap semua Alif pun dah calm, tetiba Alif ajak jalan pusing wad sebab dia bosan kot kat bilik. kat bilik ni ada 4 katil, tapi kat sebelah Alif je kot yang terisi. Yang katil depan Alif, time Alif nak check out baru ada budak masuk. Satu lagi katil, budak tu memang selalu keluar. Kejap-kejap je ada kat bilik. berbalik kepada ajakan Alif nak jalan-jalan pusing wad tuh, aku pun tengok la jam kat dinding. pukul 1. pagi. 1.00 am.

"nak jalan jugak ke? dah pukul satu pagi ni? semua orang pun dah tidur. makcik pun penat ni"

"dah pukul satu ke? tanak ahh. Adik nak tidur la"

He's trying to sleep. Tetiba budak katil sebelah menangis. kuat. ada doc sekali. nak kena cucuk kot. kesian budak ni. kaki dia teruk jugak la. tapi tak tahu la sakit apa. sebab tak sempat nak sembang dengan mak dia *moga adik tuh sembuh. lama jugak la dia nangis. Alif bukak mata tak jadi tidur. dah lama budak tu tak senyap jugak, Alif agak bengang ahh. sebab bising tak boleh tidur.

"makcik, budak tu bising lah. Adik tak boleh tidur. suruh dia senyap sikit." Alif mengadu kat aku.

"Alif" aku berjeda. terpikirkan ayat seterusnya

"tadi Alif kena cucuk jarum tak sakit ke?"

"sakit la, hang tanya soalan apa ni. mehsini aku cucuk hang guna jarum tengok sakit tak" Alif bengang dengan soalan childish aku. sabar. nak nasihat budak ni kena sabar.

"tadi Alif nangis, Alif jerit sakit. Alif  pun buat bising jugak. budak tu terjaga dari tidur. tapi dia tak marah pun Alif. dia tengok je Alif."

Alif diam. mungkin sel otak tengah nak berhubung kot.

"kejap lagi dia dah tak sakit dia senyap la tuh. time tu Alif tidur la"

"anak yang baru lahir itu secuci kain putih yang perlu dicorakkan hidupnya dengan didikan ibu ayahnya sendiri. Pikullan amanah Allah sebaiknya. Mereka inilah saham terbesar akhirat kelak, penentu syurga atau neraka." ( Dr. Azah, Diagnosis 2015)

walaupun Alif cuma 8tahun, besar harapan aku, harapan aku nak dia faham erti tolenasi. Alif nanges, budak katil sebelah diam. Budak katil sebelah nanges, Alif tak boleh marah.

pagi esoknya, Alif kena operate. Aku tak boleh masuk teman. Hantar sampai kat bilik sebelum operating room je. Alif nak menangis tapi air mata tak jatuh. Sapa tak takut wehhhh. aku yang 20 tahun ni pun takut wehhhh.

masa tunggu nak masuk bilik opetare tu, ada nurse tanya Alif nama dan tinggal kat mana

"Muhammad Alif Aiman"

"449 Kampung Cheh"

perghhhhh, aku terkesima jugak la. satu, sebab dia ingat alamat rumah. dua, tu alamat rumah kampung. rumah yang dia balik hanya hujung minggu. Nampak tak rumah kat kampung lagi dekat kat hati Alif dari rumah dia. tak hairanlah. Opah dengan Tokwan aku tuh dah macam second parents bagi Alif dah.

Masa stretcher Alif ditolak masuk, aku ingat tanak cakap apa-apa. tapi rasa macam kejam pulak.

"makcik tunggu Alif kat luar tau. nanti ayah datang ayah masuk teman Alif"

tak lama lah aku tunggu kat luar tu, abang ipar aku pun sampai. terus dia masuk operating room teman Alif. aku tak ingat la berapa lama aku conggok kat luar tuh sebab tak pakai jam.

dah selesai operate, masukkan besi nak ikat tulang patah tu. balik wad. lepak situ sampai boleh check-out. Masa ni adalah kawan-kawan kak aku datang lawat Alif. Kak aku kerja kat hospital ni sebab tu cepat je dapat pelawat ni even on the first day.

" Tiada seorang pun yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit pada waktu pagi melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat hingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke waktu pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa" ( Hadis Riwayat At-Tarmizi)


Masa tengah tunggu selesai urusan check out, seorang budak dlm bilik sama dengan Alif yang kekadang ada kekadang takada tuh, ada kat katil dia. budak perempuan. umur macam sebaya dengan Alif je. Doc sekali nurse ada kat katil dia. budak perempuan tu turun katil. mak dia tolong. dah turun katil, mak dia lepas perlahan-lahan. budak perempuan tu tak nak lepas mak dia. time tu aku dengar la doc dengan nurse bagi semangat kat dia.

"adik, try jalan. dah tak sakit. berani sikit lagi. Your mummy ada. Doc pun ada kat sini. tak ada apa nak takut"

oh, budak tu nak try jalan rupanya.

dia pandang mak dia. mak dia angguk. dia pandang doc. doc angguk.

dia tarik nafas sambil pejam mata. hembus.

muka macam dah yakin sikit. tapi muka risau pun terpeta jugak

dia mulakan langkah.

satu langkah

berjaya!

dua langkah

berjaya!

tiga langkah

pastu dia tanak jalan dah. panggil mak dia. pastu mak dia angkat dia letak atas katil.

Nurse kat situ tepuk tangan. Doc senyum. Mak dia apa lagi, gembira tak terkata.

Bravo adik bravo!!

don't forget that moment! 

your first step is life. your second step full of confidence. your third step give hope.

-----------

lepas keluar wad, Mohd. Alif ni kembali macam biasa. khughrang ajo macam biasa.

oh, dasar tak kenang budi. rugi tak tangkap gambar time kat hospital. bila Alif kongghajo dengan aku; tanak ambik air utk aku time aku tengah tengok tv ke, boleh la aku tunjuk gambar tu kat dia.

"tengok ni.masa hang patah tangan, makcik jaga hang kat hospital. bila makcik suruh amek air je pun hang malas?!!?"

tapi takan kot aku nak buat lagu tuh. macam mengungkit jeh.


Alif tuh anak sedara kesayangan aku kot *angkatbahu *angkatkeningsebelah