cerita lama ahh tapi
Hospital Taiping.
selalu aku pergi hospital ni sebab ikut mak aku melawat orang jeh. tak pun melawat kakak-kakak aku lepas bersalin. tapi pengalaman kali ni aku sendiri terjebak dengan kancah hospital ni sampai bermalam di hospital.
budakkkk niiiiii, Muhd. Alif
patah tak patah, main game tak boleh tinggal. |
ni masa kat Melaka, time daftar matriks dulu. cadang nak tinggal je dia kat kg tapi hari bertolak ke Melaka tu tetiba diala manusia paling awal bangun |
Alkisahnya,
masa kat kampung, Alif ni main dengan sepupu-sepupu dia yakni anak saudara aku yang lain-lainnya. Anak-anak sedara aku ni jarang balik kampung tapi bila dah jumpa tu kemain la kelincahan dia.dorang ni main basikal, kekonon buat basikal tu macam motor skrembler lah jadah diaaa naik bukit pacak-pacak sekali jatuh basikal kruuukkkk krekkkkk kreuittttttt dot dot dot dia lari masuk rumah nangis. time ni parents Alif tak ada kat kampung lagi, dan semua tak perasan pun dia jatuh basikal dan tangan dia patah. ingatkan nangis sebab gaduh dengan sepupu dia ke ( dorang mmg suka gurau kasar)
dah petang sikit mak dia sampai kat kampung baru Alif cerita yg tangan dia sakit. Mak dia syak patah! sebab Alif pegang je tangan dia tanak lepas. orang lain nak pengang pun ngamuk tak bagi pegang. Then, abang ipar aku bawak la Alif ni pergi hospital. Kak aku suruh aku pergi sekali. EH, PEHAL PULAK??
kebetulan pulak time ni kakak aku yakni mak kepada Alif ni tengah pantang adik bongsu Alif. dah kebetulan sangat la aku ada kat rumah tengah cuti tunggu time nak masuk matrik. Aku ikut la abang ipar aku ni pergi hospital menghantokan Alif. dah sampai-sampai eh eh eh bukan cek cek jumpa doktor pastu balik. BUKAN BUKAN BUKAN. memang betul la macam yg kak aku jangka. tulang tangan patah.
proses daftar masuk wad semua lancar je. Hopital ni memang tempat mainan abang ipar aku, sebab tu makin cepat proses dia kot. pukul 7 malam kat kecemasan, 8 lebih gitu lepas x ray balut tangan semua dah kat wad. Wah, cepat dan efisyen kan perkhidmatan kat Hosp. Taiping! *fliphair.
DAN, CABARAN PUN BERMULA
cabaran apa? dengar rengekan Alif la. pekik tangis sakit dia. tak tahan tahu. Ya Allah, rasa macam, Alif kecil lagi, kuatkan dia, tak sanggup dengar dia nangis
"makcik, sakit. sakit sakit, sakit. makcik tanak, tanak!"
makcik menangis sekali Alif.
tu time nak cucuk jarum kat tangan tuh. dua tiga kali gak la doc cucuk sebab tak jumpa urat. lepas pasang simen satu hal. simen tu berat tahu, tulang Alif yang patah kat atas siku bukan kat lengan bawah siku. so, simen yang dipasang tuh lagi membebankan Alif sebab tulang dah patah, kena angkut simen pulak.
bila dah siap semua Alif pun dah calm, tetiba Alif ajak jalan pusing wad sebab dia bosan kot kat bilik. kat bilik ni ada 4 katil, tapi kat sebelah Alif je kot yang terisi. Yang katil depan Alif, time Alif nak check out baru ada budak masuk. Satu lagi katil, budak tu memang selalu keluar. Kejap-kejap je ada kat bilik. berbalik kepada ajakan Alif nak jalan-jalan pusing wad tuh, aku pun tengok la jam kat dinding. pukul 1. pagi. 1.00 am.
"nak jalan jugak ke? dah pukul satu pagi ni? semua orang pun dah tidur. makcik pun penat ni"
"dah pukul satu ke? tanak ahh. Adik nak tidur la"
He's trying to sleep. Tetiba budak katil sebelah menangis. kuat. ada doc sekali. nak kena cucuk kot. kesian budak ni. kaki dia teruk jugak la. tapi tak tahu la sakit apa. sebab tak sempat nak sembang dengan mak dia *moga adik tuh sembuh. lama jugak la dia nangis. Alif bukak mata tak jadi tidur. dah lama budak tu tak senyap jugak, Alif agak bengang ahh. sebab bising tak boleh tidur.
"makcik, budak tu bising lah. Adik tak boleh tidur. suruh dia senyap sikit." Alif mengadu kat aku.
"Alif" aku berjeda. terpikirkan ayat seterusnya
"tadi Alif kena cucuk jarum tak sakit ke?"
"sakit la, hang tanya soalan apa ni. mehsini aku cucuk hang guna jarum tengok sakit tak" Alif bengang dengan soalan childish aku. sabar. nak nasihat budak ni kena sabar.
"tadi Alif nangis, Alif jerit sakit. Alif pun buat bising jugak. budak tu terjaga dari tidur. tapi dia tak marah pun Alif. dia tengok je Alif."
Alif diam. mungkin sel otak tengah nak berhubung kot.
"kejap lagi dia dah tak sakit dia senyap la tuh. time tu Alif tidur la"
"anak yang baru lahir itu secuci kain putih yang perlu dicorakkan hidupnya dengan didikan ibu ayahnya sendiri. Pikullan amanah Allah sebaiknya. Mereka inilah saham terbesar akhirat kelak, penentu syurga atau neraka." ( Dr. Azah, Diagnosis 2015)
walaupun Alif cuma 8tahun, besar harapan aku, harapan aku nak dia faham erti tolenasi. Alif nanges, budak katil sebelah diam. Budak katil sebelah nanges, Alif tak boleh marah.
pagi esoknya, Alif kena operate. Aku tak boleh masuk teman. Hantar sampai kat bilik sebelum operating room je. Alif nak menangis tapi air mata tak jatuh. Sapa tak takut wehhhh. aku yang 20 tahun ni pun takut wehhhh.
masa tunggu nak masuk bilik opetare tu, ada nurse tanya Alif nama dan tinggal kat mana
"Muhammad Alif Aiman"
"449 Kampung Cheh"
perghhhhh, aku terkesima jugak la. satu, sebab dia ingat alamat rumah. dua, tu alamat rumah kampung. rumah yang dia balik hanya hujung minggu. Nampak tak rumah kat kampung lagi dekat kat hati Alif dari rumah dia. tak hairanlah. Opah dengan Tokwan aku tuh dah macam second parents bagi Alif dah.
Masa stretcher Alif ditolak masuk, aku ingat tanak cakap apa-apa. tapi rasa macam kejam pulak.
"makcik tunggu Alif kat luar tau. nanti ayah datang ayah masuk teman Alif"
tak lama lah aku tunggu kat luar tu, abang ipar aku pun sampai. terus dia masuk operating room teman Alif. aku tak ingat la berapa lama aku conggok kat luar tuh sebab tak pakai jam.
dah selesai operate, masukkan besi nak ikat tulang patah tu. balik wad. lepak situ sampai boleh check-out. Masa ni adalah kawan-kawan kak aku datang lawat Alif. Kak aku kerja kat hospital ni sebab tu cepat je dapat pelawat ni even on the first day.
" Tiada seorang pun yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit pada waktu pagi melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat hingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke waktu pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa" ( Hadis Riwayat At-Tarmizi)
Masa tengah tunggu selesai urusan check out, seorang budak dlm bilik sama dengan Alif yang kekadang ada kekadang takada tuh, ada kat katil dia. budak perempuan. umur macam sebaya dengan Alif je. Doc sekali nurse ada kat katil dia. budak perempuan tu turun katil. mak dia tolong. dah turun katil, mak dia lepas perlahan-lahan. budak perempuan tu tak nak lepas mak dia. time tu aku dengar la doc dengan nurse bagi semangat kat dia.
"adik, try jalan. dah tak sakit. berani sikit lagi. Your mummy ada. Doc pun ada kat sini. tak ada apa nak takut"
oh, budak tu nak try jalan rupanya.
dia pandang mak dia. mak dia angguk. dia pandang doc. doc angguk.
dia tarik nafas sambil pejam mata. hembus.
muka macam dah yakin sikit. tapi muka risau pun terpeta jugak
dia mulakan langkah.
satu langkah
berjaya!
dua langkah
berjaya!
tiga langkah
pastu dia tanak jalan dah. panggil mak dia. pastu mak dia angkat dia letak atas katil.
Nurse kat situ tepuk tangan. Doc senyum. Mak dia apa lagi, gembira tak terkata.
Bravo adik bravo!!
don't forget that moment!
your first step is life. your second step full of confidence. your third step give hope.
-----------
lepas keluar wad, Mohd. Alif ni kembali macam biasa. khughrang ajo macam biasa.
oh, dasar tak kenang budi. rugi tak tangkap gambar time kat hospital. bila Alif kongghajo dengan aku; tanak ambik air utk aku time aku tengah tengok tv ke, boleh la aku tunjuk gambar tu kat dia.
"tengok ni.masa hang patah tangan, makcik jaga hang kat hospital. bila makcik suruh amek air je pun hang malas?!!?"
tapi takan kot aku nak buat lagu tuh. macam mengungkit jeh.
Alif tuh anak sedara kesayangan aku kot *angkatbahu *angkatkeningsebelah