Perghhhh tajuk macam rajin je aku nak buat banyak2 entry pasal Universiti Utara Malaysia ni.
Before tu,
Assalamualaikum...
Firstly, entry ni ditulis sebab result UPU nak keluar 11 Ogos nanti dan korang2 yang dapat sambung pelajaran mesti nak buat research sikit2 pasal bakal uni korang kan. Emmm bagus sikap tu (mcm aku dulu) tapi tak banyak blog tulis pasal UUM so aku harap dengan tulisan aku ni dapat la beri gambaran sedikit sebanyak pasal bakal universiti korang.
Untuk pengenalan aku nak cerita la serba sedikit mengenai universiti yang terletak di utara ni (bukan paling utara la sebab ada unimap yang paling utara). UUM terletak berhampiran dengan sempadan Sador ( atau nama glamernya Danok) - Bukit Kayu Hitam. Dekat jugak dengan Arau, Perlis. Dekat dengan apa lagi eh? (pikir-pikir). Changlun? Jitra? Alor Star? Haha, tak apalah skip dulu. Entry lain la aku cerita pasal luar UUM ni.
Then aku nak cerita pasal akademik. UUM ada tiga pusat pengajian iaitu
1. College of Business ( COB - kolej aku #readerperlutahu. Lol )
2. College of Art and Science ( CAS)
3. College of Law, Government and International Studies ( COLGIS)
Under college ni pulak ada la yr course ikut school masing-masing. Macam aku, Bachelor in Finance under School of Finance, Economic and Banking (SEFB).
Kediaman pulak fyi, semua student wajib duduk dalam. So, dlm surat tawaran dah diberitahu kolej kediaman masing-masing. Lagi satu, uum tak panggil kolej kediaman. We called it "Dewan Penginapan Pelajar" aka DPP. Ada lebih kurang 16 kot (tak sure) DPP kesemuanya. 14 DPP dalam universiti dan 2 DPP di Bukit Kachi not far for uum. Btw, sapa dapat DPP Petronas kita geng!
Ko-kurikulum (ko-k)
Ni berita sedih sikit aku nak cerita kat korang, ntah la untuk korang sedih tak sedih tapi bagi aku sedih la jugak. Ko-k WAJIB bagi pelajar tahun pertama dan kedua which is mean aku pun dalam kategori wajib lagi sebab aku baru second year student. Ko-k boleh pilih tbh before korang datang uum lagi korang kena tetapkan ko-k korang. Ko-k hari Sabtu waktu ditetapkan. Wajib eh datang sebab ko-k termasuk dalam pointer 1jam kredit.
Jadilah kot untuk pengenalan. Entry lain aku akan terperincikan lagi maklumat untuk korang. Aku bukan apa saja untuk memudahkan korang. Senang sikitkan kalau ada info didada mengenai uum. Tak ada lah gabra sangat nanti time daftar. Info ni jugak untuk ibu-ibu bapa-bapa student yang eksited sama untuk hantar anak-anak ke menara gading.
Akhir kata( chewahhhh), tahniah kerana memilih dan terpilih untuk ke menara gading. And untuk parents, tahniah untuk kejayaan anak anda.
Salam.