Friday, September 8, 2017

Sabah - Mabul & Bohey Dulang Part 2

Assalamualaikum...

Hoho, apa kabarrrrrrrrr semua. Harini terasa nak sambung entry Mabul & Bohey Dulang Part 1 (klik sini untuk baca).

Untuk trip ni, 2 malam tidur di Pulau Mabul dan semalam di Semporna. Balik dari Mabul, sampai je di jeti Semporna kitorang jalan kaki cari hotel sebab tak book awal. Banyak je hotel dekat-dekat jeti semporna ni so tak payah risau kalau tak book awal. Lepas pusing-pusing situ, jumpa lah Mutiara Inn. Murah pun murah RM90 semalam 2 single beds untuk aku dan Kiah.



abaikan kiah sibuk nak masuk dalam gambar jugak

Sesudah letak beg baring sikit-sikit, ajak Kiah jalan-jalan tepi laut sambil cari makan sebab masa cari hotel nampak banyak kedai makan. Takdelah lapar sangat tapi kalau dah kedai makan dekat memang balun je lah.

kedai hipsturr, singgah makan pisang goreng cheese.

Lepastu pulak g jalan kedai travel tour nak cari boat untuk pergi Bohey Dulang esok. Kat sini bajet lari banyak sebab mulanya nak pergi Bohey Dulang murah je kalau group besar campur ramai-ramai. Tapi kami tak dapat join group tu sebab kejar masa, flight balik petang esok dan group ramai-ramai tu lepas hiking Bohey Dulang dorang pergi snorkeling pulak (pulau apa tak ingat) so nak tak nak kitorang kena sewa boat ya Allahu Allahu, mahal. Memula berat hati dah tapi bila pikir balik AKU MEMANG AIM NAK PERGI BOHEY DULANG DARI TAHUN LEPAS LAGI KOT, so aku pejam mata jelah sewa boat.

Settle hal esok, dengan perut lapar g jalan kedai makan tepi laut lagi. Aku bukan peminat tegar seafood, Kiah pun tidak. So lauk kitoang malam tu tomyam seafood (taknak udang, hehe) dan ketam goreng telur masin sahaja. Settle. Kenyang. Balik tidur.

Next! Last day!

Yassssss!!! Dengan semangat jitu lagi membara, awai pagi dah terpacak kat lobi Mutiara Inn, boatman ambil kat sini untuk bawa ke jeti. Aku tak ingat lah berapa jam perjalanan ke Bohey Dulang dari jeti Semporna ni. Sejam kot. 

nak sampai dah

Nak sampai dahhh==

Yeay, dah sampai.

pulau-pulau sekitar pulau Bohey Dulang

ready untuk hiking

Before hiking, pergi ke lobi jeti untuk check in dulu, bayar tiket masuk (tak ingat berapa) lepas tu dengar briefing sikit. Timeeeeeee ni lah tetiba (apa kita panggil orang yang bawak kita hiking eh) kena bayar lagi RM50 untuk guide (jadah dia, asal tak sekalikan je dengan boat) Dah lah tak inform awal, buatnya aku tak bawak duit padan muka hang aku blah gitu je hiking sendiri. Tapi aku baru terpikir, entah-entah aku dah kena kelepet dengan guide tu ek?  Hiking dalam 30 minit gitu, ada la stop minum air kejap stop sebab aku penat kejap (okey, tipu). Haha, fitness kelaut memang kerja berhenti je lah aku. Trail dia okey je, banyak juga tangga cuma 300 meter nak sampai puncak dia steep sikit.

Setelah penat-lelah, akhirnya sampaiiiiiiiiiii! Yeayyyy! 

Sampai atas memang aku cari nyawa dulu, rest 10minit. Lepas tu baru tengok pemandangan. Allahu, indahnya ciptaan Tuhan. Dari biru laut ke birunya langit. Dilakar bersama putihnya awan dan hijaunya pohon-pohon. mamiiiiiiii!

cantik kannnnnn?

lawaaaaaanya

serious lawaaaaaaa

taknak balikkkkkkkkk!

dalam bulat tu jeti bohey dulang


Semua gambar ni serious gambar aku sendiri tangkap dengan kiah. 

saya, kiah dan pemandangan di Bohey Dulang

ticked (/) Bohey Dulang

Dah settle layan pemandangan kat atas, ready untuk turun. Pergi kat jeti tadi tunggu boat dan dah boleh kot babai Sabah dan seluruh keindahannya.

Ada jodoh kita jumpa lagi

Entry Sabah - Mabul & Bohey Dulang Part 2 berakhir disiniπŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–


Salam dan selamat sejahtera.

Thursday, April 13, 2017

Sabah – Another Part of Sabah, KK and Kundasang Part 1

trip 3 sekawan ke Sabah

Debusshhhhhhh!
Hai, kerajinan dating lagi.
Kali ni aku nak up trip Sabah 2.0. Sabah lagi? Yuppp. Sabah. Aku tak boleh move on dengan Sabah. Mungkin akan ada next trip ke Sabah. Omaiiiigaddd, I Love Sabah!

*********************************

Okey. First, search for flight ticket. Dok usya punya lama, so dapat la grap tiket AA return RM176. Kira murah kan. Lepas tu baru aku riki untuk penginapan. Penginapan ni aku kena cari. Aku rasa tak selesa kalau kawan aku yang carikan. Sumpah tak boleh! Sebabnya aku pun tak sure tapi salah satu aku nak yang selesa (*muntah darah tak sedar diri) je. Memang la aku tak mampu hotel ber* tapi tak bermakna kau tak boleh demand lebih yedakkk? Haha. Dari hasil pembacaan aku kat group BBM dan blog-blog, ramai recommend

KK;
Promademe Apartment Service,
Sri Iskandar Hotel

Kundasang;
Hounon Ridge Farm Stay
Pine Hotel
Crystal Hill
Kiram Village

And aku pilih untuk book semalam kat Hounon Ridge Farm Stay dan 2 malam kat Sri Iskandar Hotel.

hounon




NotaKaki: tiket kl-kk dapat RM79 one way pun murah dah. Kalau dapat lagi murah dari tu teruslah grab tanpa ragu-ragu.

************************

First day 16 Jan 2017 (Monday)
Flight awal pagi so aku dan kawan aku touchdown KK pukul 9.30pagi, tunggu kawan aku lagi sorang touchdown pukul 10pagi then terus shot pergi Kundasang. On the way Kundasang tu singgah kat Upside Down House kejap. Kat sini ada sekali 3D museum, entry fee asing. I can’t give review pasal 3D museum sebab tak masuk but untuk Upside Down House tak recommended sangat, tapi alang-alang dah sampai kan, masuk je lah.

Tour dalam rumah tu ada lah dalam 10 minit by group dengan tour guard dorang. Tour guard akan bagi penerangan dan info pasal rumah. Group pulak around 15-20 orang sekali masuk. Aku satu group dengan persatuan makcikmakcik berjalan, even makcik tapi still kecoh. Btw, dalam rumah tu taking picture are prohibited eh. No no no. Untuk menjaga privacy tuan rumah katanya (aku teka je). Tapi kat luar rumah tu boleh ambil gambar dengan kereta, pokok tanaman and tandas terbalik.

NotaKaki: RM10.60 per pax for 10 minutes tour dalam rumah. And eh, keunikkan Upside Down House ni dari rumah terbalik dari yang ada kat Semenanjung is yang kat Sabah ni memang rumah terbalik betul  atap kat bawah bukan hanya hiasan dalaman dia je.

Tengah hari tu kitorang sambung perjalanan ke Kundasang. And Alhamdulliah sampai Hounon pukul 3petang. Memang mencabar betullah jalan ke Hounon ni tapi aku suka aku suka. Aku asyik sangat tengok pemandangan luar. Cantik. Sejuk. Nyaman. Aku suka aku suka. Time aku sampai tu tak ramai lagi orang. Settle check in, bruuuuuuuh. Tergolek atas katil. Penat weh even bukan aku yang drive. Malam tu dinner kat Hounon je. Lepas tu balik bilik tidur. Nothing much to do on the first day.

dinner gua ditemani kawan baik arock
NotaKaki: Nasi goreng sepinggan RM10, so pepandai la budget sendiri. Aku makan megi cup je, sedap makan panas-panas dengan cuasa sejuk. Sebelah cafΓ© ada dapur so boleh masak sendiri kalau nak jimat.

itu saja untuk first day, nantikan part 2; harini best sikit kitorang jalann-jalan kat kundasang sampai penat. Kinabalu Park, Desa Farm, Kundasang War Memorial and Poring✌