Friday, September 8, 2017

Sabah - Mabul & Bohey Dulang Part 2

Assalamualaikum...

Hoho, apa kabarrrrrrrrr semua. Harini terasa nak sambung entry Mabul & Bohey Dulang Part 1 (klik sini untuk baca).

Untuk trip ni, 2 malam tidur di Pulau Mabul dan semalam di Semporna. Balik dari Mabul, sampai je di jeti Semporna kitorang jalan kaki cari hotel sebab tak book awal. Banyak je hotel dekat-dekat jeti semporna ni so tak payah risau kalau tak book awal. Lepas pusing-pusing situ, jumpa lah Mutiara Inn. Murah pun murah RM90 semalam 2 single beds untuk aku dan Kiah.



abaikan kiah sibuk nak masuk dalam gambar jugak

Sesudah letak beg baring sikit-sikit, ajak Kiah jalan-jalan tepi laut sambil cari makan sebab masa cari hotel nampak banyak kedai makan. Takdelah lapar sangat tapi kalau dah kedai makan dekat memang balun je lah.

kedai hipsturr, singgah makan pisang goreng cheese.

Lepastu pulak g jalan kedai travel tour nak cari boat untuk pergi Bohey Dulang esok. Kat sini bajet lari banyak sebab mulanya nak pergi Bohey Dulang murah je kalau group besar campur ramai-ramai. Tapi kami tak dapat join group tu sebab kejar masa, flight balik petang esok dan group ramai-ramai tu lepas hiking Bohey Dulang dorang pergi snorkeling pulak (pulau apa tak ingat) so nak tak nak kitorang kena sewa boat ya Allahu Allahu, mahal. Memula berat hati dah tapi bila pikir balik AKU MEMANG AIM NAK PERGI BOHEY DULANG DARI TAHUN LEPAS LAGI KOT, so aku pejam mata jelah sewa boat.

Settle hal esok, dengan perut lapar g jalan kedai makan tepi laut lagi. Aku bukan peminat tegar seafood, Kiah pun tidak. So lauk kitoang malam tu tomyam seafood (taknak udang, hehe) dan ketam goreng telur masin sahaja. Settle. Kenyang. Balik tidur.

Next! Last day!

Yassssss!!! Dengan semangat jitu lagi membara, awai pagi dah terpacak kat lobi Mutiara Inn, boatman ambil kat sini untuk bawa ke jeti. Aku tak ingat lah berapa jam perjalanan ke Bohey Dulang dari jeti Semporna ni. Sejam kot. 

nak sampai dah

Nak sampai dahhh==

Yeay, dah sampai.

pulau-pulau sekitar pulau Bohey Dulang

ready untuk hiking

Before hiking, pergi ke lobi jeti untuk check in dulu, bayar tiket masuk (tak ingat berapa) lepas tu dengar briefing sikit. Timeeeeeee ni lah tetiba (apa kita panggil orang yang bawak kita hiking eh) kena bayar lagi RM50 untuk guide (jadah dia, asal tak sekalikan je dengan boat) Dah lah tak inform awal, buatnya aku tak bawak duit padan muka hang aku blah gitu je hiking sendiri. Tapi aku baru terpikir, entah-entah aku dah kena kelepet dengan guide tu ek?  Hiking dalam 30 minit gitu, ada la stop minum air kejap stop sebab aku penat kejap (okey, tipu). Haha, fitness kelaut memang kerja berhenti je lah aku. Trail dia okey je, banyak juga tangga cuma 300 meter nak sampai puncak dia steep sikit.

Setelah penat-lelah, akhirnya sampaiiiiiiiiiii! Yeayyyy! 

Sampai atas memang aku cari nyawa dulu, rest 10minit. Lepas tu baru tengok pemandangan. Allahu, indahnya ciptaan Tuhan. Dari biru laut ke birunya langit. Dilakar bersama putihnya awan dan hijaunya pohon-pohon. mamiiiiiiii!

cantik kannnnnn?

lawaaaaaanya

serious lawaaaaaaa

taknak balikkkkkkkkk!

dalam bulat tu jeti bohey dulang


Semua gambar ni serious gambar aku sendiri tangkap dengan kiah. 

saya, kiah dan pemandangan di Bohey Dulang

ticked (/) Bohey Dulang

Dah settle layan pemandangan kat atas, ready untuk turun. Pergi kat jeti tadi tunggu boat dan dah boleh kot babai Sabah dan seluruh keindahannya.

Ada jodoh kita jumpa lagi

Entry Sabah - Mabul & Bohey Dulang Part 2 berakhir disiniπŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–


Salam dan selamat sejahtera.